Pendirian Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah terhadap Sahabat Nabi saw (1)

Termasuk di dalam pendirian ahl al-Sunnah wa al-Jamaah terhadap para sahabat Nabi saw ialah memelihara hati dan lidah dari mencela mereka. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah rh berkata di dalam kitabnya al-‘Aqidah al-Wasitiyyah:

ومن أصول أهل السنة و الجماعة سلامة قلوبهم و ألسنتهم لأصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم

“Dan termasuk di dalam prinsip-prinsip Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, memelihara hati-hati dan lidah-lidah mereka terhadap para sahabat Nabi saw.”

Memelihara hati dan lidah terhadap para sahabat Nabi saw bermaksud menjauhi dari membenci dan dengki atau iri hati terhadap mereka. Sebaliknya Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sentiasa mencintai, membesarkan para sahabat Nabi saw dan meletakkan kedudukan mereka pada kedudukan yang layak buat mereka. Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sentiasa mencintai para sahabat Nabi saw dan melebihkan mereka berbanding semua umat Islam.
Ini kerana mencintai para sahabat bermakna mencintai Rasulullah saw, dan mencintai Rasul saw bermakna mencintai Allah swt. Perbuatan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang meletakkan kedudukan sahabat pada kedudukan yang tinggi ini kerana melihat kepada beberapa perkara:
1. Mereka berada pada sebaik-baik kurun, seperti yang dinyatakan oleh Nabi saw di dalam hadith baginda:

خَيْرُ النَّاسِ قََرْنِيْ, ثُمَّ الذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
Maksudnya: “Sebaik-baik manusia itu adalah pada kurun-ku, kemudian kurun selepasnya, kemudian kurun selepasnya.” (HR al-Bukhari, Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud ra (عبد الله بن مسعود).)
Explore posts in the same categories: Akidah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: