Meminta Pertolongan Bomoh

Soalan:

Assalamualaikum, Ana hendak bertanya adakah kita dibenarkan untuk berjumpa bomoh dan meminta pertolongannya apabila kita diganggu oleh makhluk seperti jin? Ini kerana ana ada mendengar salah seorang ustaz yang mengajar hadith di sini berkata tidak mengapa jika kita meminta pertolongannya bahkan dia sendiri pernah meminta pertolongannya. Kalaulah meminta pertolongan dengan bomoh dibenarkan, apa kriteria yang perlu ada pada bomoh tersebut? Ustaz yang ana dengar tu kata kita boleh percaya apa yang dia cakap walau boleh buat apa yang dia suruh seperti baca yaasin untuk pagar rumah daripada syaitan dan jin serta lain-lain. Ana sebenarnya lebih cenderung kepada tidak dibenarkan berjumpa bomoh sama sekali kecuali jika benar apa yang diucapkannya adalah ruqyah dan menepati kaedah quran sunnah akan tetapi ustaz tu tak sebut pun pasal ni. Dia kata pasal bomoh tu cakap benar ke betul itu atas dia asalkan kita sembuh… Boleh ke macam ni? Minta Tolong… Jazakallahu khaira Confused

Jawapan:

Kalau bomoh yang dimaksudkan adalah bomoh yang berubat dengan menggunakan ayat al-Quran, al-hadith dan doa-doa yang tidak ada unsur syirik, maka tidak mengapa berubat dengannya.

Jika bomoh yang dimaksudkan melakukan syirik dan bid’ah dan menggunakan perantaraan jin. Maka tidak boleh berubat dengan bomoh seperti itu. Terdapat hadith Nabi saw yang melarang perbuatan ini:

Di dalam sahih Muslim Nabi saw bersabda: “Sesiapa yang mendatangi dukun, dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, tidak akan diterima darinya solat selama 40 malam.”

Di dalam al-Musnad pula maksudnya: “Sesiapa yang mendatangi seorang dukun/bomoh, dan membenarkan apa yang dia ucapkan, maka sesungguhnya dia telah engkar dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad saw.” (al-Musnad)

wallahu a’lam.
———————————–
Mohamad Abdul Kadir Sahak

Explore posts in the same categories: Akidah, Soalan dari Web IQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: