Hukum Solat Jamaah (dari web IQ)

Soalan:

Apa dalil yang mengatakan solat berjemaah itu hanya fardu kifayah dan sebaliknya?

Jawapan:

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat jamaah. Sebahagian mengatakan fardhu ain, ini adalah pendapat Iman Ahmad bin Hambal, ‘Ato, al-Auzaie, Abu Thur, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan mazhab al-Zohiriy. Pendapat yang kedua mengatakan sunat Muakkadah. Ini adalah pendapat mazhab Malik, Abu Hanifah dan ramai dari kalangan ulama mazhab al-Syafie. Pendapat yang ketiga mengatakan hukumnya Fardhu Kifayah. Ini adalah salah satu pendapat al-Imam al-Syafie dan kebanyakan ulama al-Mutaqaddimin dari kalangan sahabat Imam Malik dan Abu Hanifah.Kesemua para ulama yang berbeza pendapat mendatangkan dalil-dalil mereka. Bagi yang mengatakan hukum solat jamaah itu sunad muakkadah berdasarkan hadith-hadith Nabi saw yang menunjukkan bagi solat jamaah itu adanya kelebihan yang lebih berbanding solat bersendirian. Apabila solat berjemaah itu ada kelebihan dari solat bersendirian, ini menunjukkan solat bersendirian itu ada pahala dan sah, cumanya dari sudut kelebihannya sahaja yang kurang.

Bagi yang berpendapat Fardhu kifayah dalil mereka berdasarkan wujudkan hadith-hadith yang memberi penekanan kepada kelebihannya dan memberi peringatan kepada yang meninggalkannya.

wallahu a’lam.
——————————–
Mohamad Abdul Kadir Sahak
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528604344

Explore posts in the same categories: Fiqh, Soalan dari Web IQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: