Soalan dari Ukraine dalam lamanweb islam-online.net menggambarkan militan dan ekstrimnya kumpulan Ahbash di sana

soalan1.gifMaksud soalan: “Saya mengharapkan pandangan dari yang berbahagia tuan dalam persoalan berinteraksi dengan sebahagian kumpulan yang telah difatwakan oleh ramai ulama akan kesesatan mereka, yang saya maksudkan ialah kumpulan Ahbash, dimana mereka mempunyai masjid, dan masjid mereka berfungsi seperti masjid Dhirar, mereka mengkafirkan kami dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak mengikut al-Harari (Abdullah al-Harari) syeikh mereka.

Ramai yang bertanya kepada kami tentang hukum sembahyang di belakang mereka, kerana mereka (golongan Ahbash), mengkafirkan ramai ulama seperti Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Syed Qutb, Syed Sabiq dan selainnya, apatah lagi mereka mendatangkan mudharat kepada umat islam sehingga ke tahap menggunakan Mafia untuk memudharatkan orang islam di Ukraine, mereka juga memomokkan kami kepada media dan menuduh setiap muassasah (institusi) islam sebagai terrorism, dan mereka menjauhkan (menimbulkan masaalah) orang tempatan dengan institusi-institusi ini, apakah yang patut kami lakukan terhadap mereka?

Jawapan oleh Ustaz Dr. Muhammad Mahrus al-Mudarris (أ.د محمد محروس المدرس) – Anggota tetap al-Majma’ al-Fiqhi India:

Maksudnya: “Jika demikian seperti yang anda sebutkan, maka menghapiri (berbaik) dengan mereka itu adalah haram dan menyekat perkembangan mereka, menghalang tersebarnya pemikiran-pemikiran mereka adalah wajib, keadaan mereka sama seperti Qadyani dan Bahai dan seumapamanya. Dan Allah menguji hamba-hambanya disetiap masa dengan orang yang membawa kesesatan, sesiapa yang terselamat daripadanya, dia telah berjaya, dan Allah telah melindungi dia, dan Allah mewujudkan ujian untuk memberi balasan kepada orang yang berjaya dengan balasan orang-orang yang sabar dan yang diuji. wallahu a’lam. (sumber: islam-online.net)
Explore posts in the same categories: Fatwa Ulama, Pendedahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: