Pengisytiharan Reaktor Universiti al-Azhar : Al-Azhar berlepas diri dari Kumpulan Ahbash

alazhartolakahbasy.jpg

Terjemahan: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Surat ini daripada Dr. Ahmad ‘Omar Hashim Reaktor Universiti al-Azhar yang dihantar kepada Mudir Rabitah al-‘Alam al-Islami di dalamnya pengistiharan bahawa Universiti al-Azhar berlepas diri dari sebarang hubungan dengan kumpulan Ahbash. Kandungan surat tersebut: 

“Dr. Abdul Halim ‘Uwais telah memberitahu saya tentang kebimbangan pihak tuan (Rabitah al-‘Alam al-Islami) akan wujudnya kerjasama antara al-Azhar dengan kumpulan yang dinamakan al-Ahbash di Lubnan. Saya tidak ada menziarahi Lubnan melainkan dua tahun yang lalu, dan ketika itu saya berhadapan dengan usaha melobi dari beberapa pihak, dimana diajukan kepada saya surat memorandum kerjasama untuk saya tandatangani. Selepas saya dikenalkan oleh Duta Mesir dan lain-lainnya tentang tidak selamatnya kumpulan ini, tidak boleh dipercayai dan bahayanya pemikiran-pemikiran mereka, kami segera memutuskan semua hubungan dengan mereka dan membatalkan setiap permintaan mereka dan tidak ada diantara kami dan mereka sebarang hubungan. Tidak ada juga antara Universiti al-Azhar dengan mereka sebarang bentuk pengiktirafan atau kerjasama. (jika ada) sebarang surat yang menunjukkan sebaliknya, ia tidak ada asas sama sekali dan palsu. Kami (pihak al-Azhar) menolak sebarang percubaan menggunakan nama Universiti al-Azhar dari mana-mana badan atau kumpulan yang tidak berpegang teguh dengan sempurna dan jelas kepada al-Quran dan al-Sunnah Nabi yang Mulia.” (surat ini telah ditulis dan difakskan kepada pejabat Mudir (ketua) Rabitah al-‘Alam al-Islami pada hari Selasa, 9 Jamadilakhir 1422H bersamaan 29 Ogos 2001. Sampai ke Pejabat Mudir Rabitah al-‘Alam al-Islami pada Isnin, 15 Jamadilakhir 1422H bersamaan 3 September 2001, jam 1.40 selepas Zohor)

Explore posts in the same categories: Bantahan, Pendedahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: