Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti: Ulama Diletak Pada Tempatnya

Berapa kitab yang telah habis kita baca ?

Soalan:

Sebahagian Ahli Ilmu kotemporer menyeru kepada pembaharuan Usul al-Fiqh Islami, mereka beralasankan dengan slogan: “Mereka (ulama dahulu) itu adalah tokoh dan kita (hari ini) juga adalah tokoh, kita ambil dari mana mereka ambil (al-Quran dan al-Sunnah).(هم رجال ونحن رجال فنأخذ من حيث ما أخذوا)” Apakah pandangan anda dalam persoalan ini?

Jawapan:

 

Soalan tentang dakwaan mereka bahawa Usul al-Fiqh perlu kepada pembaharuan atau mereka kata Syari’ah itu perlu kepada pembaharuan, tidak ada bezanya antara dua dakwaan ini, ia umpama persaudaraan yang rapat. Secara umum ia adalah ungkapan yang benar tetapi bertujuan kebatilan. Ini kerana syariat yang lama itulah yang baharu dan yang baharu itulah lama (tidak ada perbezaan), ia bersesuaian bagi setiap masa dan tempat. Ia adalah perkara jelas yang diterima, Allah berfirman: “Dan telah aku redho Islam itu menjadi agama kamu.” (al-Maidah: 3)

 

Dia (Allah) telah meredhoi syariat yang diimani oleh Rasulullah saw, dan baginda menyeru kepadanya sejak 14 kurun yang lalu, dan Allah azwj telah menredhoi syariat ini untuk NabiNya, untuk sahabat-sahabat Nabi saw kesemuanya r.’anhum, demikian juga Allah telah meredhainya untuk umat hingga ke hari ini, bahkan sehingga ke hari akhirat.

Seandainya datang mana-mana individu yang hendak menukar kefahaman-kefahaman syariah atau mengubah usul-usulnya dan timbangan-timbangannya, walaupun dengan perumpamaan yang berhias-hias dan mengakumkan, sesungguhnya dia telah terpesong dari jalan yang benar – kita memohon kepada Allah keselamatan dan ‘afiah – 

Kerana itu, ungkapan ini adalah kalimah yang benar tetapi bertujuan kebatilan. Usul al-Fiqh adalah asas-asas memahami dalil, dan asas-asas memahami dalil kekal hingga ke hari kiamat. Apa yang difahami oleh para sahabat Rasulullah saw itulah yang mesti kita fahami, jika kefahaman kita berbeza dengan kefahaman mereka, ini bermakna kita telah meninggalkan timbangan-timbangan mereka dalam memahami syariat dan kita telah tinggalkan timbangan-timbangan al-Salaf al-Soleh, maka sesungguhnya dalam keadaan itu kita telah menjadi sesat – wal ‘iyazu billah –

Jika kefahaman-kefahaman tersebut untuk sebaik-baik kurun, maka ia juga bersesuaian untuk seburuk-buruk kurun, maka kurun kita adalah lebih buruk berbanding kurun sebelumnya, kerana Nabi saw bersabda: “Tidak ada satu zaman, melainkan yang selepasnya lebih buruk daripadanya, sehinggalah berlakunya kiamat.” seperti yang thabit di dalam sahih muslim. Maka apa yang baik untuk sebaik-baik kurun, sudah tentu ia juga baik untuk kurun yang buruk daripadanya, ini asas yang pertama.

Perkara yang kedua: Ungkapan mereka: “Mereka itu tokoh dan kita juga tokoh,” Ya mereka tokoh dan kita juga tokoh, akan tetapi ada perbezaan yang besar antara kita dan mereka. Perbezaan besar antara tokoh yang menyaksikan penurunan al-Quran, melihat Rasulullah saw, mereka tokoh yang sebenar-benar tokoh, al-Quran itu diturunkan dalam bahasa mereka, mereka menghayati al-Quran, mereka tahu nasikh dan mansukhnya, halal dan haramnya, kewajipan dan batas-batasnya, mereka mengetahui setiap yang kecil dan besar. Mereka memahami agama daripada Allah dan daripada Rasul saw. Berbeza antara mereka dengan orang-orang yang datang selepas mereka. Demi Allah jika kamu datang dan timbang seorang dari mereka dengan umat ini, dan timbangannya menyebelahi timbangan umat ini, maka dimanakah (keudukan) para sahabat nabi saw berbanding orang yang selepasnya. Maka inilah maksudnya “Kalimah ini benar akan tetapi bertujuan kebatilan.”

Adapun perkataan mereka: :Kita ambil dari mana mereka ambil.” Perkataan ini adalah kesesatan. Sesungguhnya Allah swt telah menyuruh untuk rujuk kepada para ulama di dalam firmanNYa: “Maka bertanyalah kepada ahli ilmu (ulama), jika kamu tidak mengetahui.” (al-Nahl:43). Kalaulah setiap individu boleh terus merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, maka apakah faedahnya (keberadaan) seorang alim? Kalaulah setiap individu boleh memahami al-Quran dan al-Sunnah, maka apakah faedahnya para ulama? Allah berfirman: “…tentulah orang-orang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari sebahagian mereka.” (al-Nisa: 83), dan Allah tidak menyebut: “dari setiap mereka,” sebaliknya “sebahagian mereka.” firman Allah lagi: “Akan tetapi orang-orang yang mendalami ilmunya diantara mereka dan orang-orang mukmin, mereka beriman…kepada Allah.” (al-Nisa:162), merekalah orang-orang yang memahami agama daripada Allah dan Rasul saw yang sepatunya dirujuk kepada mereka dan mengambil kefahaman dan al-Sunnah daripada mereka.

Barangsiapa yang mengatakan: “Mereka tokoh dan kita juga tokoh.” (mereka) telah tersesat dari jalan yang lurus, dia telah mengurangkan kedudukan salaf umat ini. Kebiasaannya tidak menucapkan ungkapan ini  melainkan seorang insan yang ditimpa fitnah/musibah atau seorang yang bersamanya ada fitnah yang hendak diseru dan dipropagandakannya.

Demi Allah pada salaf umat, para ulama yang utama yang Allah telah kekalkan ilmu-ilmu mereka dan memberkati kefahaman-kefahaman mereka. Kalaulau tidak ada satupun bukti keikhlasan mereka, melainkan ilmu mereka yang dikekalkan itu, pastilah memadai ianya sebagai bukti atas keikhlasan mereka.

Kerana itu Saya (al-Syanqiti) berpesan kepada penuntut-penuntut ilmu bahkan kepada seluruh orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, untuk dia beradap terhadap salaful ummah, dan wara’ dengan perkataannya terhadap mereka, sesiapa yang membesar dan memuliakan mereka, sesungguhnya dia adalah hamba yang bertaqwa. Ini kerana membesar dan memuliakan mereka adalah membesar dan memuliakan agama Allah. Mengurangkan (kedudukan) mereka bermakna satu kecacatan di dalam islam. wal ‘iyazu billah.

Orang yang mengatakan: “Mereka tokoh dan kita juga tokoh.” kalimat ini benar tetapi bertujuan kebatilan. Ungkapan ini barangkali boleh jadi benar akan tetapi tidak beradab dan terkeluar dari petunjuk, Petunjuk yang sempurna itulah yang sepatutnya bagi seorang yang beriman beriltizam dengannya. Sama halnya jika seseorang berkata: Allah, tuhan kera, keldai dan babi.” ungkapan ini benar, akan tetapi tiada adab, kalaulah dia kata: Allah tuhan semua makhluk, sudah pasti lebih sempurna adab dan lebih meraikan penghormatan kepada Allah azwj, dan bukanlah setiap ungkapan yang diukir indah itu boleh diterima.

Insan itu sepatutnya merujuk kepada salaful ummah dan mengikat umat hari ini dengan umat yang awal. Pintu ini telah dibuka oleh sebahagian orang yang berlagak pandai dalam semua perkara. Mereka berkata – semoga Allah memaafkan mereka dan menghidayahkan mereka ke jalan yang benar – mereka berkata: Kita akan kaji semula dan kita mahukan pembaharuan syariat dan menyesuaikannya dengan zaman. Ini termasuk perkara yang tidak wajar. Perkataan ini boleh membawa kepada keruntuhan dan merosakkan agama. wal ‘iyazubillah.
 

Kadang-kadang ungkapan ini dari sebagian orang bertujuankan maksud yang baik yang kami kecualikan, seperti perkataan: “Kita mahu menterjemahkan kefahaman salaf untuk khalaf dalam bentuk semasa.” Perkataan ini adalah baik, ia bermaksud: mengambil dari kitab-kitab salaf al-Umah dan diterjemahkan dalam bentuk yang benar dan sama bersesuaian dengan kefahaman-kefahamannya. Perkataan seperti ini benar, ianya kewajipan para pendakwah dan para ulama, segala puji bagi Allah, mereka itu yang melaksanakannya di dalam fatwa dan pengajaran mereka.

 

Adapun dakwaan: Kami mahu mengubah fatwa disebabkan perubahan zaman, atau kami mahu memperbaharui syariah, maka Allah lebih mengetahui, bahawasanya ianya adalah satu fitnah, semoga Allah melindungi kami dan kamu semua dari kejahatannya. Tidak ada kebaikan bagi insan yang berpaling dari umat yang terpilih (generasi sahabat), kerana itu aku katakana: “Sepatutnya kita mulakan kajian dari mana (ulama dahulu) berhenti, dan kita tidak mengulangi apa yang telah mereka lakukan.” Ini kerana mereka itu adalah salaf al-Ummah yang dipilih untuk ummah – kita memohon kepada Allah azw merezkikan kepada kita dengan nama-namanya yang baik dan sifat-sifatnya yang maha tinggi, kecintaan kepada mereka, dan semoga Allah merezkikan kepada kita dihimpunkan dalam jemaah mereka, sesungguhnya Allahlah wali dalam perkara itu dan Dia maha berkuasa ke atasnya, wallahu a’lam.

Adapun berkenaan orang-orang yang bermazhab, mereka ada tiga golongan: Pertama: yang mendakwa mereka tokoh dan kita juga tokoh seperti orang-orang yang kita bicarakan sebentar tadi. Kedua: yang mendakwa, ulama-ulama dahulu itu adalah maksum (terpelihara daripada salah dan silap), ulama-ulama dahulu tidak mungkin tersalah, ulama dahulu dan ulama dahulu….. (mereka lakukan) sehingga menempatkan ulama dahulu ke satu kedudukan sama seperti para Nabi. Ketiga: golongan yang berada di pertengahan, mereka meletakkan ulama pada tempatnya, menjaga kedudukan mereka, mereka memerhatikan perkataan ulama, mana yang bertepatan dengan kebenaran, mereka mengambilnya dan mana yang bertentangan dengan kebenaran, mereka memaafkan pengucapnya, mereka menjaga adab dalam memaafkannya.

Ini kerana ulama terdahulu yang berbeza pendapat dari kalangan salaf al-ummah matlamat mereka adalah mencari kebenaran dan mengharapkan keredhaan daripada Allah, mereka hendak mencari petunjuk kepada kebenaran dalam agama Allah tidak lebih dan tidak kurang daripada itu, maka setiap insan sepatutnya melalui jalan agama yang lurus bukan jalan yang berbengkang bengkok. Firman Allah swt: “Sesungguhnya inilah jalan-ku yang lurus, maka ikutilah ia dan jangan kamu ikuti jalan-jalan lain, nanti ia akan memecah-belahkan kamu dari jalan yang lurus itu.” (al-An’aam: 153).  Orang-orang yang membaca kitab-kitab dahulu terbahagi kepada tiga golongan: Pertama: yang mengatakan: kita tidak perlu membacanya. Ini adalah perkataan golongan yang mendakwa, ulama dahulu tokoh dan kita juga tokoh, seperti yang disebut sebelum ini. Golongan kedua: yang mengatakan kami membaca kitab-kitab ini dan tidak akan melangkauinya walaupun ianya bertentangan dengan nas – wal ‘iyazu billah – Golongan ketiga: yang mengatakan: kitab-kitab (tulisan ulama dahulu) ini berada di atas mata dan kepala kami (tanda hormat) apa yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunnah Rasul saw. Jika ada yang bertentangan dengan keduanya, kami bersangka baik dengan penulisnya, akan tetapi kebenaran itu lebih kami sayangi berbanding menyayangi mereka, maka mereka berpegang teguh dengan kebenaran berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, mereka tidak melampaui dari batas itu, sebagai mengharapkan keredhaan Allah azw, merekalah orang-orang yang berbahagia. 

Lihatlah salaf al-ummah, kamu tidak akan dapati seorang alim dari kalangan mereka, melainkan dia berpegang dengan satu mazhab berdasarkan dalilnya. Lihatlah kepada ulama Islam dan tokoh para fuqaha, kamu akan dapati mereka mengikut mazhab dengan dalil, mereka tidak mengikutnya tanpa dalil dan tidak juga bersikap taasub. Lihatlah kepada al-Hafidz Ibn ‘Abd al-Barr, seorang imam yang mulia, beliau asalnya adalah seorang yang bermazhab Malikiah r.h. kemudian mencapai kedudukan mujtahid. Dalam keadaan sedemikian dia bersamaan dengan Imam Malik dalam beberapa perkara dan berbeza dengan Imam Malik dalam beberapa perkara yang lain. Dalam keadaan itu dia menisbahkan dirinya kepada mazhab malik, dan membantu menyebarkan pandangan mazhabnya yang bertepatan dengan kebenaran dan dia tinggalkan pandangan mazhabnya jika bertentangan dengan kebenaran. Demikian juga Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h. dia berkata di dalam fatwanya: “Telah berkata para sahabat kami,” “Para sahabat kami telah memberi jawapan,” “Itulah mazhab para sahabat kami,” (tahukah anda) siapakah sahabat-sahabatnya itu? Mereka ialah para sahabat Imam Ahmad r.h. Ibn Taimiyyah juga berkata: “Berkata Imam kami,” “Imam kami menjadikan hujah sedemikian… sedemikian,” yang dimaksudkan oleh Ibn Taimiyyah dengan Imam itu ialah Imam Ahmad r.h. Ibn Taimiyyah membaca fiqh Imam Ahmad dengan dalilnya, dalam beberapa perkara dia bersamaan dengan Imam Ahmad dan dalam beberapa perkara yang lain dia berbeza dengan Imam Ahmad, dengan tindakannya itu, beliau sama sekali tidak mengurangkan kedudukan Imam Ahmad, demikian juga tindakannya itu tidak mengurangkan kelebihan dan kedudukan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Demikianlah ulama Islam, kamu tidak akan dapati seorangpun melainkan mereka mengikut satu mazhab tetapi dengan dalilnya. Inilah dia jalan yang jelas, yang kita memohon kepada Allah azwj untuk menempatkan kami dan kamu semua di atasnya. Wallahu a’lam. (sumber:islamweb)

  

Explore posts in the same categories: Fatwa Ulama, Fiqh

2 Comments on “Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti: Ulama Diletak Pada Tempatnya”

  1. kuku Says:

    adakah kembar atau saudara dng blog ini.
    http://www.makadir.blogspot.com/

  2. Mohamad Abdul Kadir bin Sahak Says:

    Kembar bukan, saudarapun bukan (hubungan darah). Tapi insyaallah saudara semuslim.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: