Ucapan selepas membaca Al-Quran

Soalan :

Adakah ia merupakan amalan nabi s.a.w. setiap kali selesai membaca ayat suci Al-Quran maka akan ditutupkan dengan ucapan tertentu seperti zikir dan sebagainya??

Jawapan :

Tidak kami ketahui adanya bacaan-bacaan tertentu dari nabi saw selepas baginda membaca al-Quran. Bahkan bacaan Sodaqallaahul ‘Aziim (صدق الله العظيم) yang sering dibaca selepas membaca al-Quran itu sendiri bukanlah amalan yang diambil dari Nabi saw, demikian juga bukan dari para sahabat baginda saw.

Al-Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud, ketika Nabi saw menyuruh beliau membacakan ayat al-Quran untuk baginda :

اقرأ علي . قلت : يا رسول الله ، آقرأ عليك وعليك أنزل ؟ قال : نعم . فقرأت سورة النساء ، حتى أتيت إلى هذه الآية : { فكيف إذا جئنا من كل أمة بشهيد وجئنا بك على هؤلاء شهيدا } . قال : حسبك الآن . فالتفت إليه فإذا عيناه تذرفان

Maksudnya : “Bacakan untukku (al-Quran), Aku (Ibn Mas’ud) berkata : Wahai Rasulullah, (apakah) aku membaca al-Quran untuk Mu, sedang pada Mu ia (al-Quran) diturunkan ? Jawab Nabi saw : Ya. Lalu akupun membaca surah al-Nisa’, sehinggalah sampai kepada ayat : (maksudnya) “Maka bagaimanakah (keadaan orang kafir pada hari kiamat kelak) apabila kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan kami juga datangkan engkau (muhammad) sebagai saksi atas umatmu.” (al-Nisa : 41) Lalu Nabi saw berkata : “Cukup (berhentilah) sekadar ini.” Lalu aku (Ibn Mas’ud) berpaling kepadanya, aku melihat baginda menangis.”

Hadith ini menjadi bukti bahawasanya Nabi saw dan para sahabat baginda tidak mengkhususkan sebarang bacaan selepas dari membaca al-Quran. Jika ada sudah tentu Nabi atas sahabat membacanya.

al-Syeikh Abdul Aziz Abdullahb in Baz berkata :

“Menjadikan kebiasaan (sering) membaca sadaqallaahul ‘Aziim ketika habis membaca al-Quran al-Karim tidak kami ketahui asalnya (dari sunnah), maka tidak perlu untuk menjadikannya sebagai kebiasaan. Bahkan berdasarkan kaedah syarak (ia) menjurus kepada bid’ah jika seseorang beranggapan bacaaan tersebut adalah sunnah, maka sepatutnya meninggalkan (dari berterusan mengucapkannya selepas membaca al-Quran)…. Adapun jika seseorang melakukannya kadang-kadang tanpa ada anggapan ianya dari sunnah, maka tidak mengapa. Kerana Allah swt adalah yang benar dalam semua perkara. Akan tetapi menjadikannya sebagai kebiasaan selepas membaca al-Quran sepertimana yang dilakukan kebanyakan manusia hari ini, ianya tidak ada asal (dari sunnah).”

wallahu a’lam. Abdul Kadir

Explore posts in the same categories: Fiqh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: