Mana Lebih Utama, Qadha Puasa Atau Puasa 6 ?

Soalan:

Bagaimana bagi seorang wanita yang perlu qadha puasa Ramadhan, bolehkah dia menunaikan puasa sunat 6 Syawal sebelum membayar qadhanya ?

Jawapan:

Seorang wanita yang belum menunaikan qadha Ramadhannya, dia BOLEH melakukan puasa suat 6 hari Syawal dan melewatkan puasa Qadhanya. al-Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syanqithi berkata:

“Adapun bagi sesiapa yang ada qadha Ramadhan, maka tidak mengapa dia berpuasa (sunat) 6 dalam bulan Syawal dan melewatkan qadha puasa Ramadhannya, ini berdasarkan hadith ‘A’isyah r.’anha yang thabit di dalam sahih al-Bukhari yang berkata :

إن كان يكون عليَّ الصوم من رمضان فلا أقضيه إلا في شعبان، لمكان رسول الله صلى الله عليه وسلم مني

Maksudnya : “Atas-ku ada hutang puasa Ramadhan, aku tidak mampu mengqadhanya melainkan dalam bulan Sya’ban, disebabkan kesibukan melayani Rasulullah saw menghalang-ku.”  Telah thabit pula di dalam al-Muwatha (Imam Malik), dimana ‘Aisyah berpuasa 6 (Syawal), berpuasa ‘Arafah, puasa ‘Asyura, kerana itu kebanyakan para ulama berkata: Sesungguhnya harus melewatkan qadha (Ramadhan).

Sebahagian ulama melarang dan mereka berhujah bagaimana boleh dilakukan sunat sedangkan ada (puasa) yang fardhu ?
Hujah ini tertolak, disebabkan melakukan perkara sunat dalam keadaan ada kewajipan yang perlu dilaksanakan ada pendetailannya. Jika ada waktu yang luas untuk menunaikan yang fardhu, maka yang sunat itu boleh dilakukan sebelum melakukan yang fardhu dengan alasan, anda dibenarkan sembahyang sunat qabliyah Zohor sebelum menunaikan solat Zohor sedangkan anda dituntut untuk melaksanakan solat Zohor, maka setiap orang, apabia masuknya waktu Zohor, dan telah tergelincirnya matahari menjadi wajib ke atasnya menunaikan solat fardhu Zohor, dalam keadaan itu, kita melewatkan kefardhuan itu dan melaksanakan yang sunat dahulu (sunat qabliyah Zohor), kemudian baru kita solat Zohor selepas itu, maka (berdasarkan ini) melakukan perkara sunat sebelum melakukan yang fardhu itu adalah dengan keizinan syara’, maka ii menunjukkan perkara yang sunat itu kadang-kadang berlaku sebelum dilaksanakan kefarduan itu adalah dengan keizinan syara’, maka apabila Nabi saw mengiziankan umm al-Mukminin ‘Aisyah untuk melewatkan puasa qadhanya, menunjukkan waktu menunaikannya (qadha) diberi keluasan (hingga Syaban).”

Adapun tentang sabda Nabi saw “Siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian menurutinya dengan 6 hari dalam Syawal…..” Hadith ini dari sudut kebiasaan, berdasarkan kaedah: Apabila nas menyebut dari sudut kebiasaannya, tidak diambil kira mafhum (mukhalafah)nya (أن النص إذا خرج مخرج الغالب لم يعتبر مفهومُه), maka seseorang tidak boleh berkata: “sesiapa yang ada qadha, maka dia tidak dinamakan telah berpuasa Ramadhan (penuh).”

Kemudian kami katakan: Kalaulah perkara ini seperti yang dikatakan, siapa yang berbuka satu hari dalam bulan Ramadhan tidak termasuk orang yang telah berpuasa ramadhan, kerana jika dia qadha puasanya itu dalam bulan Syawal tidak dinamakan juga dia telah berpuasa Ramadhan hakikatnya, kerana satu hari itu dia puasa qadha bukan puasa tunai.

Kerana itu aku (al-Syanqiti) lebih cenderong dan menganggap kuat seseorang boleh berpuasa 6 hari (Syawal) dan tidak mengapa untuk dia mendahulukan puasa itu dari qadha Ramadhannya. Inilah yang benar, maka jika seseorang perempuan yang mengalami darah nifas, kadang-kadang mengalaminya sebulan penuh dalam Ramadhan dan dia tidak berpuasa dalam bulan tersebut, lalu dia berpuasa 6 (Syawal) kerana hendakkan kelebihannya, kemudian dia melewatkan puasa qadha kepada waktu lain yang mudah baginya untuk qadha puasanya. (sumber: islam-online.net)

wallahu a’lam.
————

Explore posts in the same categories: Fiqh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: