istihadah n solat

Assalamualaikum,
Soalan :
Ana ingin mengemukakan soalan berkaitan darah istihadah. Jika seorang perempuan yang bekerja berdepan dengan masalah istihadah, bagaimana dia hendak menunaikan solat khususnya Zohor dan Asar memandangkan dia tidak dapat mandi di tempat kerja.

Jawapan :
Pertama anda kena pastikan terlebih dahulu darah yang anda maksudkan itu istihadhah ataupun darah Haid.
Jika sememangnya darah yang anda maksudkan ialah darah istihadhah maka anda tidak diwajibkan mandi junub untuk menunaikan solat, kerana darah istihadhah hukumnya tidak sama dengan darah haid. Darah istihadhah tidak mewajibkan mandi. Sebaliknya anda hanya perlu mengambil wudhu bagi setiap solat yang hendak dikerjakan setelah masuk waktu, ini berdasarkan perkataan Nabi saw tentang istihadhah kepada Fatimah binti Hubaysh (فاطمة بنت أبي حبيش) :

ثم توضئي لكل صلاة
Maksudnya : “Kemudian kamu berwudhulah bagi setiap solat.” (Riwayat al-Bukhari)

Sebelum dia berwudhu, dia perlu membasuh kesan darah yang ada di alat sulitnya, kemudian dia menggunakan sesuatu untuk dipakai yang boleh menahan darah dari terkena pakaiannya, kemudian dia solat dalam keadaan begitu. Dan darah yang keluar tidak memudharatkan solatnya.
 

Wallahu a’lam. Abdul Kadir.
http://www.islam-qa.com/index.php?ref=68810&ln=ara

Explore posts in the same categories: Fiqh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: