Puasa Bulan Rejab

صيام رجب

الصيام في الأشهر الحرم مقبول ومستحب، على كل حال.
ولكن لم يرد عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه صام شهرًا كله، سوى رمضان . وكان أكثر ما يصوم في شهر شعبان، ولكن لم يكن يصومه كله، وهذه هي السنة النبوية في ذلك … فإنه كان يصوم ويفطر في سائر الشهور، وكما ورد ” كان يصوم حتى نقول لا يفطر، ويفطر حتى نقول لا يصوم ” (رواه البخاري ومسلم وأبو داوود) فما يفعله بعض الناس من صيام رجب كله، كما كنا نرى ذلك في الأرياف من قبل، فقد رأيت بعض الناس يصوم رجب وشعبان ورمضان والأيام الستة من شوال، ويسمونها ” الأيام البيض ” وبعد ذلك يفطر، ويكون عيده في اليوم الثامن من شوال.. وتكون حصيلة صيامه هذه الشهور الثلاثة والأيام الستة متواصلة، لا يفطر إلا يوم العيد . وهذا لم يرد عن النبي صلى الله عليه وسلم ولا عن الصحابة ولا عن السلف الصالح . فالأولى صيام أيام وإفطار أيام، لا التتابع في الصيام.

وكل خير في اتباع من سلف وكل شر في ابتداع من خلف.

فمن أراد الاتباع، وأراد الثواب الكامل، فليتبع النبي صلى الله عليه وسلم ولا يصم رجب كله ولا شعبان كله . فهذا هو الأولى . وبالله التوفيق 

Puasa Rejab  

Berpuasa dalam bulan-bulan haram diterima dan disunatkan, dalam segala keadaan. Akan tetapi tidak terdapat dari Nabi saw yang baginda berpuasa sebulan penuh melainkan Ramadhan. Baginda paling banyak berpuasa adalah dalam bulan Syaaban akan tetapi baginda tidak berpuasa keseluruhan (hari dlm Syaban). Inilah Sunnah Nabawi dalam perkara ini (berpuasa sunat), Baginda berpuasa dan berbuka dalam setiap bulan, sepertimana yang terdapat (di dalam hadith): “Adalah baginda berpuasa sehingga kami sangkakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami sangkakan baginda tidak berpuasa.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia yang berpuasa Rejab keseluruhannya, sepertimana yang kami pernah lihat di desa-desa sebelum ini, saya pernah melihat sebahagian manusia berpuasa Rejab, Syaban, Ramadhan dan puasa 6 bulan Syawal dan mereka menamakannya sebagai al-Ayyam al-Baidh selepas itu baru mereka berbuka, dan mereka berhari raya pada hari ke8 Syawal, dan hasilnya jadilah puasa mereka dalam 3 bulan ini dan puasa 6 syawal berturut-turut, mereka tidak berbuka melainkan pada hari raya. Maka perbuatan ini tidak terdapat dari Nabi saw, tidak juga dari sahabat baginda dan tidak juga dari Salaf al-Soleh. Yang utama (dalam puasa sunat ini) ialah berpuasa sehari dan berbuka sehari, tidak dilakukan secara berturut-turut.  

Maka setiap kebaikan itu pada mengikut Salaf dan setiap keburukan itu pada rekaan-rekaan orang kemudian.   Maka siapa yang menghendaki al-Ittiba’ (mengikut Nabi saw) dan menghendaki pahala yang sempurna, maka ikutlah Nabi saw, dan baginda tidak berpuasa Rejab keseluruhannya, tidak juga Syaban keseluruhannya, Inilah (bentuk puasa sunat) yang lebih utama.”  Dr. Yusuf al-Qaradhawi (Buku Fiqh al-Siyam, bab Siyam al-Tatawwu’)  

 

Explore posts in the same categories: Fiqh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: