Archive for December 29th, 2007

Puasa ‘Aasyura Dan Taasuaa’

December 29, 2007

Petikan dari kitab :
Taisir al-Fiqh fi Dhau’ al-Quran dan al-Sunnah (Fiqh al-Siyam) : Cetakan ketiga Muassasah al-Risalah. m.s. 142 – 145.
Oleh : Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
‘Aasyura (عاشوراء) ialah hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram (المحرم ). Manakala Taasuaa’ (تاسوعاء) adalah hari yang kesembilan dari bulan yang sama. Zahir daripada himpunan khabar (hadith-hadith) bahawasanya puasa ‘Asyura [...]

Hari Eid berbeza

December 29, 2007

Soalan :
Saya nak bertanya, apakah cara menentukan tarikh 1 Syawal yg sebenarnya menurut sunnah?
Setahu saya, kita perlu melihat anak bulan.
Tapi kenapa di Mekah beraya pada hari Isnin manakala kat Malaysia raya pada hari Selasa?
Yang manakah yg sepatutnya kita ikut?
Jawapan :
Para ulama berbeza pendapat dalam masaalah ini.
Sebahagian mereka menempuh cara yang agak sempit untuk penentuan raya [...]

Mana Lebih Utama, Qadha Puasa Atau Puasa 6 ?

December 29, 2007

Soalan:
Bagaimana bagi seorang wanita yang perlu qadha puasa Ramadhan, bolehkah dia menunaikan puasa sunat 6 Syawal sebelum membayar qadhanya ?
Jawapan:
Seorang wanita yang belum menunaikan qadha Ramadhannya, dia BOLEH melakukan puasa suat 6 hari Syawal dan melewatkan puasa Qadhanya. al-Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syanqithi berkata:
“Adapun bagi sesiapa yang ada qadha Ramadhan, maka tidak mengapa [...]

Bezakan antara sunnah menziarahi kubur dengan bid’ah baca al-Quran di kubur

December 29, 2007

Agama Islam amat berbeza sekali dengan agama-agama lain ciptaan manusia, Islam ada displinnya yang tersendiri. Apabila kita berbicara tentang Islam, bermakna kita berbicara tentang kalam Allah dan kalam Rasulullah saw. Ini kerana kalam Allah dan kalam Rasul ini adalah sumber utama kepada agama Islam itu sendiri.
Mengambil ringan menukilkan sesuatu dari kalam Allah adalah satu [...]

istihadah n solat

December 29, 2007

Assalamualaikum,
Soalan :
Ana ingin mengemukakan soalan berkaitan darah istihadah. Jika seorang perempuan yang bekerja berdepan dengan masalah istihadah, bagaimana dia hendak menunaikan solat khususnya Zohor dan Asar memandangkan dia tidak dapat mandi di tempat kerja.
Jawapan :
Pertama anda kena pastikan terlebih dahulu darah yang anda maksudkan itu istihadhah ataupun darah Haid.
Jika sememangnya darah yang anda maksudkan ialah [...]

al-Qaradhawi : Takbir Raya Yang Warid Dari Nabi saw

December 29, 2007

Soalan :
Bilakah dimulakan takbir hari raya ? dan apakah bentuk takbir yang ma’thur dalam bertakbir ?
Dari Fatwa Mu’asarah al-Qaradhawi
Takbir Hari Raya
Penterjemah : Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Soalan :
Bilakah dimulakan takbir hari raya ? dan apakah bentuk takbir yang ma’thur dalam bertakbir ?
Jawapan :
Takbir hari raya al-Adha terbahagi kepada dua:
(Pertama) Takbir al-mutlak harus dari awal zul [...]

Hukum Lelaki Pakai Gelang Untuk Perubatan

December 29, 2007

Benarkan Islam melarang berubat dengan memakai gelang? Ada sebahagian orang yang mendakwa Nabi saw melarang berubat dengan memamai gelang berdasarkan hadith riwayat Ahmad bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat di pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata: “Ia adalah gelang perubatan, [...]

Ucapan selepas membaca Al-Quran

December 29, 2007

Soalan :
Adakah ia merupakan amalan nabi s.a.w. setiap kali selesai membaca ayat suci Al-Quran maka akan ditutupkan dengan ucapan tertentu seperti zikir dan sebagainya??
Jawapan :
Tidak kami ketahui adanya bacaan-bacaan tertentu dari nabi saw selepas baginda membaca al-Quran. Bahkan bacaan Sodaqallaahul ‘Aziim (صدق الله العظيم) yang sering dibaca selepas membaca al-Quran itu sendiri bukanlah amalan yang [...]

Hukum Menangguhkan Mandi Wajib

December 29, 2007

Soalan :
Apakah hokum apabila seseorang itu menangguhkan mandi wajib ?
Jawapan :
Harus seseorang itu menangguhkan mandi wajib melainkan jika dia hendak menunaikan solat. Mandi wajib atau janabah bukanlah kewajiban yang mesti disegerakan, dia boleh menangguhkannya walaupun tanpa ada keperluan.
Di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim ada diriwayatkan bahawasanya Abu Hurairah ra suatu ketika bertemu dengan Rasulullah saw, [...]